Published August 16, 2009 by DaeyA HayaShi

this blog contains info that I wanna SHARE, PERSON that I LOVE, family&friends that I wanna CARE, things that I like to random when boring.

Myspace Glowing text
SAHABAT
Don’t walk in front of me, I may not follow.
Don’t walk behind me,I may not lead.
Walk beside me and be my friend


CHIBUT
is making my day purrrfect…

{Hi There!}
I can make you ice cream
we could be a sweet team.


NUR HIDAYAH
is sweeter than cotton candy! ♥

Gambar ihsan Syabab Musafir Kasih (selamattinggal.blogspot.com)

dugaan.

Published February 20, 2015 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim

tepu jap nak start ayat blogging cmne.
hurm.. k, straight to the point je lah.
saya baru sedar yang saya sedang melalui 2 cabaran besar dlm hidup. actually bukan baru sedar, dah lama sedar tp cm buat tak sedar. erk.. ke separa sedar? boleh lah. haha~

dalam kehidupan ni, orang lagi nak duduk dekat dengan suami tp saya plak lagi ‘nak’ berjauhan dengan suami (in our case mmg nak la sbb bkn terpaksa ke tp mmg suami apply dan si isteri bagi dengan rela hati) dan lagi orang xsanggup jaga anak sorang2, nak jaga sama2 dgn suami, tp saya cam tak kisah je jaga anak sendiri (in my case walau duduk dgn parents tp still saya la yang jaga anak kan)

yes, ramai yang concern, tq sgt. ada y risau, bg diorg kesian ayah jauh dgn anak, kesian anak xdpt kasih syg ayah, kesian sy kena jaga anak sorg2, nak2 plak ada sorg lagi dalam rahim ni, lg lah cm xlarat je, dgn nak urus hal rumah, kereta, kerja dan mcm2 lg.

tp kemungkinan yang jauh sikit dgn saya nampak sy ok je.. tak nampak cm ada problem besar pon. nampak happy je, gambar2 sume cm riang ria je. cam tak kisah je suami jauh. cam tak kisah je anak xjumpa ayah. cam tak penat je asyik g sane sini. haha~

jujurnya, semua ni adalah keputusan saya. saya yang bg keizinan suami untuk pergi cari rezeki jauh nun di Abu Dhabi sana. saya yang kata boleh jaga anak sendirian tanpa dia. saya yang yakin boleh uruskan pembelian rumah, hal kereta dan kerja. saya yang sanggup nak jaga kandungan dengan jaga kakaknya. ya saya yang decide.

tp saya tak buat keputusan sendiri.
saya decide sbb percaya Allah ada dengan saya sentiasa.

saya tak alim atau tak baik sangat. saya cuma fikir setiap apa yang saya lakukan hanya bila Allah kata ia boleh dilakukan. setiap keputusan dengan jawapan dr istikharah dan doa.

sebab saya tau kemungkinan dan dugaan yang akan terjadi dr apa yang saya decide ni, terlalu byk dan terlalu berat sbnrnya. berjauhan dgn suami, dugaan yang selalu terlintas di benak fikiran adalah kecurangan, lost communication, perselisihan faham, pergaduhan. (nauzubillah~) dugaan anak berjauhan dgn ayah, anak tak kenal ayahnya, anak tak hormat ayah, anak akan benci ayah. dan dugaan jaga anak sendirian, susah kawal anak, anak akan kurang kasih sayang, anak tak terbela, anak akan kurang didikan moral dan educational. huhu byk sgt kemungkinan yang negatif akan terjadi dengan keputusan saya T_T

tipulah saya tak takut. tipulah kalau kata saya tak risau. bohonglah kalau cakap saya tak kisah. sedih? lagilah penipu besar.

tp sehingga hari ni Alhamdulillah saya masih tenang melalui dugaan ini walau ada yang kesian pada saya.
kerana saya sentiasa bergantung padaNya. saya yakin ketenangan melalui semua ni dtg dr hasil istikharah padaNya. saya percaya semua kemungkinan yang negatif dpt dijauhkan dengan Tahajjud kepadaNya. setiap kali ada masalah, ada kesusahan, solat sunat dan AlQuran sangat membantu. saya dah rasa byk sgt kebaikannya. Walau lambat, sgt lambat, tp terus percaya Allah akan tunjukkan jalannya.

dugaan tu ada. tapi setakat ni saya nampak banyaknya nikmat dari dugaan. tak terkata nikmat Allah, siapalah saya utk tidak bersyukur padaNya. nikmat suami yang baik, anak yang bijak, ibu bapa dan mertua yang mulia, atok nenek semua yang menyanyangi, keluarga yang sentiasa ada. Allah temukan dengan orang2 yang baik utk mudahkan pembelian rumah, jumpakan dengan kwn2 yang sudi membantu bila susah, dan kemurahan rezeki yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Alhamdulillah, kasih syg dengan suami semakin kuat dan semakin bahagia :’), Aimy tak pernah lupa ayah malah dia still syg ayah lebih dr syg ibu ye, hahaha~ dan stkt ni Alhamdulillah saya dapat jaga aimy dengan baik dan Allah beri rezeki untuk dia ada minda dan manner yang baik bagi budak berumur 2 tahun.

untuk hari2 seterusnya saya masih tidak tahu apa yang akan saya lalui dan bagaimana saya akan lalui. tapi saya akan terus percaya apa jua berlaku, Allah sentiasa bersama dengan saya :’)

gudnite.

Random post about my keepfit at Abu Dhabi with husband and a toddler 👪

Published December 22, 2014 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~
Assalamualaikum 😊 just a random post, ni pon xley tido dah kol 12 tghmalam, so gatal nk hupdate blog tetibe.. Hehe~
How do I take care of my diet here? Pelik x b4 dtg sini mcm ape kecoh kocoh masak, and jaga food intake for healthy. Kat sini habis semua gambar makanan yang berlemak tepu serta menggundang gemok. Haha..
Ok honestly, apa yang kita masak tu sume only for my husband and kdg2 for his friends. Kite tak makan sgt pon. Ok ape kite makan? Seriously, Ntahlah. Haha~ kt sini mmg hancus semua clean diet tu, sbb? Xde masa. Serius xde masa untuk diri sendiri. Xde masa tok masak menu sendiri dan xde masak tok exercise. My time from morning to nite fully occupied dgn my 2 babies 👧👱💕
Then, apa yang kite makan dan buat tok keep at least maintain xnaik berat plisss. Huhu. Saya makan cereal with lowfat milk, atau yogurt, atau yang paling membantu bile lapar giler time gah masak dan xde masa nk makan, kurma with nutsss. My wajibul ada kat dapur. Instant kenyang kaw! Juga selalu sama2 suap makanan aimy dalam mulut sendiri time feeding her.. Haha sbb dia punya foods xde minyak dan lemak.
Kita elak makan nasi. Tp kalau nasi impit haritu makan jgk la lg2 soto sbb dia sup. Dan pisang cheese chocolate bagai tu berkali2 buat kita sentuh time 1st buat je, tu pon xsampai 5 ketul kecil. Serius even dia sedap gile. Huhu xberani.
Mmg jarang sgt masak khas utk diri sendiri. Rasa selama duduk sini ada la 3 – 4 kali je tu pon lauk utk sekali dgn anak. Beli Bahan tok masak healthy food even xberapa nak murah kt sini 💸💸 phew luckily I have banker. Tp serious x smpat nak masak 😰
Tp yang paling penting kite akan monitor my body’s moving level. Xde exercise coz xsmpt tp my everyday routine i tell ya giler byk gerak. Pg sidai kain lepas basuh. Nak Bawak kain2 dr rumah ke halaman depan y agk jauh bukan keluar je 5 langkah smpai ampaian tu dah makan Byk tenaga. Haha~
Then Masak is about 1 and half hour berdiri dan bergerak kt dapur. Kt sini ayam kena siang sendiri weyh. Kite pakai tangan tau ketuk pisau nk putuskan tulang2 ayam tu. Bukan sekor potong 4, ni potong 18. 😭 coz xde lesung batu cm kt rumah mama. ikan dia siangkan kecuali ikan kembong. Cis. Lepas masak kemas dapur, lap lantai guna kain, ada mop tp lebih prefer kain sbb dia boleh pegi celah2 lantai. Then sapu 1 rumah setiap hari xmiss. Mop selang sehari dan kdg2 mop jgk hari2. Kemas sepahan yang anak buat. Cite psl anak, oh hoi dia lah paling bagi kite punya fitness naik sekali dgn darah pon naik 😲😷
Seriusly kita kena lari ke dia time gah masak dan patah balik masak pastu kena lari ke dia semula dan seterusnya setiap hari. 😫😫 ada je bendanya. Tiba2 nak susu, tiba2 jatuhkan laptop, tiba2 nak makan, tiba2 curah lotion 1badan dan lantai 😱😲😡👿 dan tiba2 dia y dtg kitchen main bawah dapur gah meletop2 minyak goreng daging 💀💀 dan kita mengamuk sampai terlepas piring kaca dan pecah 👺👹 naik darah iolssss tau 😡
Lepas dah setel semua,kemas bilik, angkat kain dan lipat. B4 suami balik siapkan aimy dan diri mandi, solat Lepas isyak terus g dapur balik siapkan makan malam tok dia. Suap anak. Sepah lg. kemas lg dan basuh pinggan. Tidurkan anak.
Plus Extra calories burned kt sini ialah me doing massage to hub malam2 and you know what after that. Pastu lapar 😅
So i think my calories keep on burning cume kt sini xberpeluh. Kalau rse cm xberapa nk gerak aritu, kite akan keluar pergi mini market ke jalan ke atau basuh bilik air. Cmtulah. Huhu~
Tp bile keluar weekend jalan2, sbb jalan tu sendiri dah mcm exercise sbb sekali handle anak y gah ligat, lari lah kelek dia lah dia berak lah, time makan mmg akan makan even nasi. Tp selalunya share dgn husband.
K tulah kisah my #keepfit kat sini 😅😅 tp time bbq nite tu terasa betul cm gemok sbb rse makan Byk plak memalam even ayam bakar Dan share 1 mgkuk kecik Laksam dgn abang je. Pisang cheese mmg xsentuhhhh….!!

I’m totally back for good!

Published February 11, 2014 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim…

Dekat setahun tak hupdate belog. Mentang2 dah ade stegram, dah boo layan belog ni yee… Tak kenang budi! Ishk3.. Alah, kite busy lah dgn life.. Xsempat weyh nk tahip belog acam dulo2.. Status org  update kat wall fb pon dah xterlayan, inikan pulak nk hadap twitter ke wechat segala bagai, mmg tak sangap la wehey.. Org ada masa boleh la..

K, for good ,I ‘m back.. Only here, I’ll tell my story or share anything. Not in fb, not in twitter, instagram gah dipertimbangkan cz its much more simple.. Tp tgk dulu..

I’ve my own reason. Sekian.

Hidup mesti HAPPYYY!!

Hidup mesti HAPPYYY!!

Misiku Ku.. rus..

Published June 18, 2013 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~

Kurus dan hidayah dah xley dipisahkan.. bukan aku kurus tp aku nak kurus weyh! Fine. Sume dah tau dah pon pasal “misiku kurus” ni.. asik duk canang canai bagai.. tgk xde kurus pon.. bhahaha~ diam.

Yup. Agk stress 2 3 ari ni.. fikir mcm2 smpai mcm nk salahkan takdir.. astaghafirullah~ “/ dosa dayah… mgkin sbb letih dan penat bile dah start keje balik… plus perlu kerja kuat lg utk dptkan badan yang sihat dr sebelum ni… susah. Terasa susah sgt. Dan terdetiklah dihati kenapa aku kena buat semua ni sdgkan orang lain xperlu bersusah payah begini utk tubuh yang cantik dan sihat.. astaghafirullah~ T_T

Cukuplah merungut merenget ttg nasib diri.. Bersyukur dayah! Bangun! Stop blaming on fate! Itu kerja Allah. Now its your job to figure out how and what to do to make sure what Allah borrowed to you, in a good condition, always until u return them back!

So jadual masa cuti dan aktiviti dah berubah. Program kurus masih diteruskan dgn gigihnya. Setiap pagi akan bgun kol 4.30am utk siapkan bekalan breakfast iaitu Shake, teamix, aloe, omega dan tcformula herbalife.. pastu rebus spaggeti, sayuran dan sejenis protein utk bekalan lunch.. aimy akan bgun 5.30.. jd kne siapkan cpt..

Pg sekolah xley jejak kantin.. makan ikut waktu.. xley minum ais, manis, nasi, minyak.. kalau xbwk bekal pon mkn mehun dgn protein cm tempe, tahu atau telur dan sayur.. no rice.. then balik sek xde aktiviti koko, selasa, khamis, jumaat akan pergi treatment. Pakej treatment sebelum mgandung masih ada cm urut y sakit giler tu tok buang lemak, masuk sauna, wrapping badan dan masuk hot blanket.. tp skrg nk tmbh 1 lg pakej pkai mesin tok perut, rm1200 10x tok perut shj.. mahal kan? Tp xpe.. utk ayah! He.. pakej y ada skrg rase nilainya ada dalam rm2000.. hoho~ balik rumah pas amek aimy terus mandi dan pkai korset.. nk make sure pkai 8 jam.. secepat mgkin balik sek tu terus mandi dan pkai.. mmg xnk pkai g sek sbb segan.. lgpon kt sek duduk je xbape gerak pon banding kt rumah gerak ke hlur hilir, jaga anak, kemas bilik, kalau smpt masak tok diri sendiri.. mlm xmakan, biasa buat vico / horlick cecah roti gandum / biskut tawar.. kalau lapar amek shake..

Padat kan.. dgn program kurus je.. haha.. dalam kesesakan menjaga anak kecil.. misi perlu diteruskan dan diperkuatkan.. owh.. sy xkurus mcm model pon.. cume sy xnak gemok mcm dlu je… u know what i mean.. hehe..

Alhamdulillah, walau aku xdela cantik dan selim cm model tp aku ada suami y syg aku.. dan aku kene lah cantik tok die.. x. Ibu bkn cantik tp ibu comel kan ayah… heee… lelaki mmg suka kalau isteri die berusaha jaga diri utk die.. dan sbnrnye die xdela nk kite jd model pon cume makin hari die nmpk kite makin cantik dan jaga diri pon dah sgt diorg hargai… erm ye kot.. haha~ xpon org lain mgkin x kesah tp abang mmg kesah.. dan sbnrnye sgt bgus sbb kite xdela leka je makan2 smpai gemok.. huu~ masa aku xbp jaga diri pas2 kawin tu, abang cm jauh hati je.. die rse aku dah xnk cantik2 tok die kot.. haha.. tp skrg die sgt suweeeet.. tiap2 pg kiss sbelum g keje… ok, time duk same la kn… tp skrg dah xdpt sbb jauh T.T alhamdulillah. Tq Allah for giving me a good husband even kitorg kne lalui liku dulu baru dpt rse bahagia.. tp sgt berbaloi.. Alhamdulillah..

Ayah, Ibu akan comel utk ayah! Chaiyok!

Bile fikir tok suami je kne semangat! Kembang semangkuk kot bile td anta gmbar abang ckp cantik kan…. hidung pon xkuncup2 lg nih.. hahaha

Aimy ada mak baru!

Published June 16, 2013 by DaeyA HayaShi

bismillahirahmanirahim~

haih~ lame doh pasang niat nok hupdate hupdate belog nih.. dr still cuti smpei ler dah naik keje nih, asik ler xdop mase-nyea -__-” post ni dah create dr jumaat, mlm ahad baru mcm nk sambung tp tgk la mcmane kan.. haha~

so! Aimy Hana Zahra, telah berjaya melepasi proses pengenalan seminggu dengan mak baru dia which is her nanny ^^, detailing, pengasuh Aimy adalah jiran 1 taman rumah mama, dan jugak sedara bau2 bacang dgn abang. dia mmg jaga anak orang dah lama, dia ckp y dia jaga dah masuk Universiti dah.. time datang tu siap la ibu aimy ni angkut tilam, tabbath, segala bagai kan.. kene acik tu ckp, “eeeeehhhh… xpayah bwk ni sume ni… umah acik dah ada dah.. dah 20 tahun berpengalaman jaga anak org… ko xya risau.. acik tau ape nk buat..” hahaha~ terus put trust on her.. so far mmg xde col dia tok saje2 tanye aimy buat ape ke aimy ok ke.. cume 1x call sbb nk mtk die potong kuku sbb ibu lupe mlm tu nk potong.. bese la, kalau x nti muka jadi gangster bak kate ayah.. scar sane sini.. Aimy kan.. haha~

bukan caya dia 100%. x. ye, byk kes y ngeri ttg pengasuh kan skrg.. tp xnk die rse kite xpercaya dia langsung.. tu nasihat makcik aku y jgk seorang pengasuh.. die kte kalau ibu tu asyik col je mcm xcaya kt dia.. bile fikir betul jgk.. ok, cube letak kepercayaan pada orang yang lebih berpengalaman.. yes, baby tu anak kita tp kita pon ibu baru, byk lg xreti sbnrnye.. dan cara kita adalah cara kita.. xboleh nk mtk orang ikut cara kita semua.. dan mesti orang y dah 20 tahun jaga baby lebih tahu byk dr kita.. dan biar dia cuba cara dia selagi xmudaratkan. tidaklah dia akan mencederakan, melainkan kita tak kenal asal, latar, budi, caranya dari sebelum dan sekitar kita… itu perlu kita berjaga. mean, selidik dulu orangnya bagaimana, sikapnya, tuturcaranya.. Alhamdulillah, mak pah ni peramah dan lembut.. suaminya cikgu.. mak mertua pon xde ckp buruk bila kata nk hantar kt dia, dan terus setuju..

nth kenapa dari 1st day nk hantar Aimy, dia dah set bangun awal pg seawal ibu bgun.. kata ayah, “dia xpuas nk tgk ibu dia.. balik lewat dah nk tido.. die nk main dgn ibu tu…” sebak plak ibu dgr.. 😥 setiap hari mmg bgun kol 5.30 pagi lebih.. celik terus senyum.. *cair* jadi utk elak dr xsempat siap, ibu kene bgun lg awal.. 4.30 pagi……………….. erm, ok x. 4.45 la… haha~ landing2 sat.. siap cpt2 jd bile die bgun ada masa sikit tok main dgn dia.. biasa dia akn tgk tv dan bising…. mbebel, pgg org tok layan die.. haha~

hantar dia, xde masalah.. xde nagis.. ambil pon so far ok… cume ari 1st, muka dia berkerut, masam mcm marah betul.. mcm nk tnye kot ibu pg mane tinggalkan dia ni.. huhuhu~ tp bile dah 5 ari, ambil dia kt dalam rumah, relax je dia.. siap senyum2 ^^

masalah yang mak hadapi dgn aimy ialah, dia tidur xlena.. aimy xtidur buai.. dan mmg dia tidur bawah xbape lena kalau siang.. ibu jaga dia mmg stop smbung stop buat keje… huhu~ rse mmg susah tp masih ok lg sbb kita xde kotmitmen lain mgkin.. tp dgn orang mmg risau cmne die nk deal dgn aimy cmtu.. so xde pilihan, izinkan dia guna buai.. jd kate mak, bila buai baru Aimy lena… siap tidur lama dr pagi smpai ptg.. bgun terus main sbb dah puas tido.. tp kt rumah masih aimy tidur manual… dan Alhamdulillah jgk Aimy ok.. cume bese la dia mmg gelisah2 dulu sbelum tido… atok mmg xreti nk tidokan die.. ibu je y expert.. huhu~ mmg susah mgkin sbb die dah rse buai tu best tp pas dah tido die ok je… cuma kita la penat sikit sbb kerja lg, nk urus dia, nk urus diri balik keje.. mmg terasa jgk nk tarik buai turun.. haha~ xpela, kalau xpenat, xnamanya ada anak…

ari 1st amek aimy agk tkejut jgk kepala aimy penut bintat2 merah.. kne gigit nyamuk… cite kt ayah, ayah terus fikir nk suh mak dia jaga aimy plak.. huhu~ tp bila fikir betul2, bru 1 ari.. mmg kesian kt dia merah2 kepala, mesti gatal.. tp xkan nk tegur direct terus,.. cume esok2 nya bg dia krim dropolene mtk die sapu kt kesan merah2 tu… lepas tu xde bintat dah.. alhamdulillah.. sikit2 tu biasalah.. doa jgn kena jangkitan ke ape2 je…. kita pon xde jaga benau nyamuk sekor2 kan.. ada jgk terkene gigit jgk… dia pon xde la suruh nyamuk gigit anak kita… huhu~

setiap ari anta Aimy kol 6.45am dan ambil kol 5ptg.. huhu~ lama kan… dah xde istilah cekgu  1/2 ari lg.. byran rm300.. utk tdk merasa kurg selesa bile ambil lmbt ke anta  ari sbtu ke nk mtk tolong pape ke, harga tu dipersetujui.. ada kte mhl, yela rate shah alam lbh kurang.. tp xpela, preparation nk duk bandar jgk.. haha.. bile cmtu, xde aktiviti sek pon mmg ambil kol 5.. tp bkn blik rumah tido dlu ke rehat ape.. bile blik awal, g buat treatment.. jumaat pon sama, blik sek g treatment dulu bru ambil Aimy.. ok mgkin ada y kte baik balik jaga anak, atau ada y penah ckp suami xkasik pg treatment2 ni, baik cpt amek anak.. ok ni nti cite entry lain..

ok, nmpknye siap jgk entri ni.. walau smbil susukan anak.. haha~ doakan yang terbaik buat kami dalam result egtukar esok! kalau ikut hati ni, nk duk bwh ketiak suami.. ye, aku isteri y suka bau ketiak suami tiap2 malam.. just imagine bile dah xdpt bau tiap2 mlm sbb jauh, mesti rindu nagis2 😥

Nitemare back : work, distance, time!

Published May 22, 2013 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~

Lame seyh x hupdate belog nih.. fuh! Fuh! Habok berkepok >_> arini cm xde ape sgt nk buat.. sume pon dah siap, so duk saje je la sbelah aimy y gah ngorok ni.. harap2 lama la sikit die lena, boleh ibu siapkan entri ni hah.. ceh~ hii..

So! Hari ni dah ke 82 hari aku bercuti sejak bersalin. Uwargh!!! Ada lg 8 ari je nk cukup 90 ari T_T kenapa cepat sgt masa berlalu >_< untung ada cuti sek 2 minggu dan cuti aku pon terkena dalam tu so aku boleh la jgk sambung terus cuti.. kalau x, next week dah naik keje.. haru aku lintang pukang. Silap2 aku y uwek2 lebih bkn aimy.. haha~

Xde preparation mental langsung nk naik keje semula.. nk nagis ada la.. mengenangkan aku dah xley nk jaga aimy 24hours.. pastu kalau xdpt pindah, aku dah xley duk dgn abang lagi cm skrg T.T sobs2~ malam2 nk peluk sape? Nk leset2 kt sape 😥 yaAllah sedihnye…. jadi org y diperlukan oleh dua insan tersyg, penat tapi sgt bahagia. Nk sedia mkn ayah, aimy pon lapar jugak, dah popok aimy, kne popok kaki ayah pulak.. Sbb tu aku y tido tgh bukan aimy.. bhaha~

weekend not enuf for us to spend our quality time as husband and wife.. bile weekend je jumpa, mesti terasa mcm stranger, kekok, malu2, segan2 tp buat2 cool dpn org je mcm kite normal couple.. sedih. Sedih T_T sumpah duk jauh sgt derita.. masa gah berjauhan xrasa derita sgt, time tu redha dah jadi pasrah dan enjoy je hidup "single" celop, pg mane2 xde sape nk halang cume sms je mtk izin dan biasa kompem dpt izin punye kn.. tp percaya lah bile dah duduk sama nk berjauhan balik baru tau jauh tu derita tp kita pura2 tough dan kuat je..

tempat isteri di sisi suami.. walau duk same tu ada gaduh, ada tarik muka, ada berjauh hati, tp dia nampak diri kita, kita tengok diri dia. Bila berubah kita perasan. Kalau jauh ape nampak. Ayat sms je berubah, tp kalau baca tone rendah ye xperasan pon gah marah. Kan kan.. haha~ kalau body language, xya suara, terus teserlah. Lgpon tu la y boleh jd pengguat hubungan.. lg2 dah ada anak.. Subhanallah benar anak itu membawa bahagia. Janji Allah xpernah salah kan ^^

Nak urus anak bile dah start keje pon 1cabaran.. dah bjaya laluai cabaran jd fulltime housewife dgn jaga anak, pasni cabaran baru.. setiap masa kne prepare mental dgn fizikal bile dah ada anak kan.. sesuai ke aimy dgn pengasuh die nnti, Meragam ke die, bile dah balik keje penat2 kne uruskan die pulak, xmcm dlu balik terus terpa katil.. hihi~ kalau dpt pindah, keje, anak, suami.. timing kne jaga. Xley ada y terabai. Makan minum pakai. Mampu kah aku?

Paling ngeri nk fikir…. PBS. Uwargh!!! Bertapa xsukenya aku pd pbs y gov laksanakan. Terus terang je ckp sbb aku raKyat.. kuasa xde kt tgn sape2 kecuali Allah. Hurm~ nk sambung keje aku y disambung org ni y celaru haru biru kang.. hrpan setinggi langit ya Allah aku mahu pindah.. mula tugas baru di sekolah baru.. mgkin bukan lebih mudah tapi lebih teratur..

Kewangan pon masih celaru utk diuruskan.. harap dapat aku aturkan dgn lebih cekap… smpai skrg Aimy masih minum susu Enfalac A+.. seyus mahal susu tu.. aku xpasan pon susu tu mahal sbb xpemah survey harga susu.. mmg niat mutlak nk Bf tp xkesampaian.. rezeki masing2 xsama.. bile 1st susu abang beli tok aimy Enfalac A+, kitorg terus je kan.. mmg pasan mahal tp ingat tu harga normal tok sume susu.. rupenye mmg mahal sgt pon.. sbb tu effect minum enfalac pd bayi, diorg cpt bijak dan berakal..banding susu lain, ada y senang tembam.. bygkan kalau kwn aku MaiFar kate susu die guna 1kg rm20++, enfalac 1.3kg rm132. Devasssss kau! Bape kali ganda tuh.. 5-6× ganda harganya.. mula2 bincg dgn ayah aimy, die kte teruskan.. tp lame2 ibu ttp ckp mcm xmampu.. bile fikir die makin lama makin byk minum.. kalau 1minggu rm70, sebulan dah rm280.. hanya susu.. ok lg tuh sbnrnye.. tp tu die minum 3oz 2jam 1x.. kalau pasni naik 5oz? Ahaaaaiii laaa..time tu ibu cm xmmpu la syg.. nanti dah 4bulan ibu cuba usahakan Aimy start minum nutrisi herbalife kay.. In Sya Allah.. kot2 boleh teruskan both good foods for u mane tau kan.. rezeki anak In Sya Allah ada.. sbb tgk aimy cpt pandai, lawas baik, ibu ayah sggup sacrifice tok awak.. yela, aimy xdpt lama y terbaik dari badan ibu, cukup2 tok 2bulan je.. ibu kne prepare something better for u kan.. tp 2bulan pon ibu ttp bsyukur sbb y paling pekat antibodi tu dah masuk dlm badan aimy.. doa2 aimy sihat kay.. demam biasa tu xpe, semua baby akan alami demam.. time tu la aimy nk build antibodi diri sendiri pulak.. cume ibu hrp aimy xsakit y teruk2.. tu je…

Haih~ berdebar betul nk tggu result e g tukar keluar. Doakan saya semua :')

image

Heh.. ni video ‘keek’ aimy smlm. Jomla follow keek syaye @daeyazizan dan instagram syaye @daeya233 (ummuaimy)

Kehidupan sendiri..

Published April 28, 2013 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~

Dah hamper 2minggu aku jadi suri rumah & mak sepenuh masa kt rumah sewa kitorg ni.. mula2 berfikiran sgt ler negetif, *awas! Sgt negetif* “eh boleh ke ni aku jaga anak sengsorg, abg g keje, nk msk lg, kemas rumah lg, basuh baju, sidai, lipat.. sempat ke nk buat sume tu dlm 1ari.. nti mesti penat.. kang kot2 anak sakit cmne.. kalau die nagis je aku xtau nk buat ape.. selalu mama y buat sume, aku duk jaga die pon ade masa urus diri sendiri je.. kang gah mandi ke masak, die melalak.. x ke haru.. nti die xtido mlm sape nk amek turn popok die.. selalu mama ade amek turn.. smpt ke nk basuh botol lg, nk pum susu lg.. selalu mama jaga die bru aku smpt nk buat sune tu..” extreme. Nmpk sgt kebergantungan kpd mama -_-

Lg 1 bile fikir Aimy y selalu nagis, tido mlm kdg2 xlena, xpon xtido mlm, siang pon nagis je, pastu nk tido kne popok kt lengan sbb xguna buai, dah popok smpai tido ni, letak je, xlama, 5 min xsampai, uwweeeeeeeeekkkkk nagis balik -_- ulang lah 10x baru die betul2 tido.. tu pon xlama la sgt.. 2-3jam bgun.. nk susu pulak.. uweeeek lg.. aiyoooo… kdg2 mmg xsmpt nk buat ape.. mkn pon curik2.. tu aku buat plan siap2, nti abg tolong bsuh dgn sidai kain, aku masak time abg dah balik jd xde la gelabah kalau die nagis, y lain xyala susah sgt nk kemas bagai.. sepah2 sikit tu normal kot… the rest cm biasa le aku duduk je hadap die y kejap2 nagis tu.. nk xnk, anak. Kne la jaga kan.. ok dah ade plan jd bersemangat sikit nk menghadapi cabaran ni !

Selepas mencuba utk 2minggu dalam pantang jaga sendiri waktu mama pg sekolah… aku rse lebih bsedia utk berdepan dgn cabaran ni.. erk, ape2 pon aku dah jd mak dgn bini org kn.. xkan ler nk duk bwh ketiak mama lg weeeeeeyhhhh dayah oiiiiii, adoyainye pon!!!!! Wake up la. Sedar diri tu sikit >_< ni lah akibat xbg aku tukar sek.. kan aku dah sedaaaaaap duduk bawah ketiak mama.. busuk ke masam, best! Haha~ nama pon mama… tp hakikatnya, "ko pon mak dayah. Ur husband and baby need u" T_T

Fine. I face this challenge!! Dan masanya dah tiba, skrg dah 2 minggu dah berlalu aku jd ber'home alone' jaga aimy.. dan apekah y terjadi disebalik 2minggu itu? Haha~ mcm jgk time dlm pantang, gambar2 aimy y di-instag dan fb-kan tu xmenggambarkan ape y berlaku disebaliknya.. sbb waktu tu gambar tu adela pengguat aku utk terus gigih dlm menjaga dia.. hakikatnya dia sgt kuat nagis, dan sgt meragam.. adakah sama jgk dgn gambar2 time die kt sini?

Alhamdulillah.. 2minggu aku buat kajian.. Aimy semakin bijak dan baik… rupenye betul lah rmai org kte, dalam pantang je baby akan meragam.. tp time tu aku rse xpercaya, dah nk habes pantang makin melampau meragamnya.. xkan le esok habes pantang je terus elok.. magic gitu.. tp tgk2 eh2 betul plak..

Aimy dah boleh tido malam dgn lena. Bgun cume bile nk susu je.. nk mula tido pon xsusah sgt smpai nagis je.. kdg2 die baring aku popok nyanyi2 mcm2 zikir terus tido… smpai esok… dan paling best sgt skrg, syukur sgt xya nk guna buai mcm y sume suruh.. mula2 risau sbb die nk popok je kt lengan xley letak.. tp skrg die sendiri tolak badan die dr lengan aku.. mula2 xfhm.. tp aku fikir die ni nk baring ke.. aku baringkan, diam.. pastu popok je la time die baring, terus tido kalau die btul2 ngantuk.. senangnya… lg senang kdg2 die boleh tertido sendiri.. masyallah baik sgt anak ini… die masih merenget.. bukan xnagis, tp x meraung2 cm dlu la.. merenget tu ada lg… bile die bosan, xde org main dgn die, tp aku xnk ajar die biasa merenget je nk kne layan.. biar je kn… tgk2 lama2 die diam xpon tertido… walau xlama, sbb xlena.. boleh la nk siap mandi ke pakai baju xpon solat… Alhamdulillah ^^ bile die tjaga, die diam je tgk muka aku.. lg skrg da pandai senyum, siap sengeh lg.. haha rse nk geget!!!

Rutin setiap hari boleh dikatakan dah fixed.. maksudnya sng nk tau timing dia dan dia mcm faham timing ibu.. die bgun pagi dalam pukul 8-10.. ikut mood die.. tp tiap kali die dah tbgun mmg ibu akan terus mandikan.. xkesah la lambat ke cpt atau ibu dulu ke aimy.. and the best thing is, she looooooooveeeesssss mandi!! Haha.. bukak je baju, dr nagis terus diam.. tau tu nk mandi… skrg siap sengeh2.. haha.. dan masa mandi mesti nk baringkan badan die, ala konon2 mcm floating dalam kolam la tu.. haha~ sgt cute! Bile dpt cecah kepala dalam air, muke hepi.. 

Dah mandi, die main2 kejap… honestly kejap je die main… tp betul2 main.. die sengeh la, angkat2 kaki la, membebel la.. haha.. jd time tu la aku captured moment die main.. ape die baru pandai.. lepas tu die dah boring die akan merenget.. susu dan tido… 11-1 die akan tido.. kdg2 lena kdg2 x..  jd time tu aku buat keje.. mandi, basuh baju, sidai, kdg2 smpt masak dlu.. bile die merenget nk susu, stop buat keje layan die.. smpai kol 2/3.. pastu die akan nk tido semula, 3-6.. biasa y ni lena…time ni kalau xsmpt masak, aku masak, kemas rumah, lipat baju, pastu rehat dgn die skali, nk tido sama2 ni aku kejam mata, kdg2 die celik, aku popok2, die pon tido skali.. hehe.. smpai die bgun, mandi…! Hehe~ malam dah rehat.. xde ape sgt nk buat.. cume basuh2 pinggan dgn botol la… lepas mandi, layan je die.. kdg2 die tertido, bgun balik nk main, pastu ngenget nk susu.. smpai kol 9 lebih, ok time die tido betul2… popok la smpai die tido lena… mlm xsusah sgt sbb ayah die ada skali.. tgh mlm je aku byk bjaga bile die nk susu.. tp xsusah.. die gonyoh2 tgn kt muka byk kali.. nk susu la tu.. haha.. bg je terus tido balik..

Cume y xtahan.. kalau die nk susu mmg die nagis cm nk gegar rumah… haha..  kes kalau lambat.. mmg ibu selalu lambat2kan bg die susu pon.. tu die jerit sekuat hati tu… haha… saje je… nk bg die faham kne sabar kalau nk sesuatu… geram kdg2.. mcm xmkan setahun nagisnya… tp biar je.. bile die nmpk je ibu pgg botol… nagis volume 5 terus jd volume 2.. aiyoooo pandai ini budak… baru sebulan lebih wooo… haha~ xke rse cm nk geget je cmtu ;p

Alhamdulillah jgk.. bile ajar aimy tido je kt mane2.. senang sgt bwk die jalan… tambahan! Dia suka shopping malll! Haha~ seronok sgt bile nk bjalan.. xrasa dia beban… time xde stroller dgn car seat, relax je didokong masuk mall, dlm kete terbongkang tido atas riba ibu.. empuk cm tilam ktekan.. haha.. bile dah ade stroller dgn car seat, dia nk duk dlm bende tu, smpai tertido sendiri.. hehe~ baik sgt anak ini… Alhamdulillah..

Tu aku cube bwk die g shopping berdua je… siap g makan.. hehe die ok je Alhamdulillah..cume bile nk susu die merenget la.. time tu layan dulu.. janji ade puting die.. die xdela sentiasa memuting.. cume bile die start bosan nk tido die nk nyonyot kejap nyetnyet die tu.. dah tido, lueh je..

Lgpon nk ajar die lasak sikit.. bwk sane sini.. g jalan.. ni siap g cameron highland tu xtahan…haha… baru tau sejuk giler… mengigil hah… selimut tebal2… heh

Boleh sbnrnye jaga anak sndiri tp kena byk sabar dan tahan penat.. kalau xtahan penat.. mau pengsan..haha

Aimy Hana Zahra pantang habes!

Published April 13, 2013 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~

Ok, masa itu emas. Sepantas kilat kne siapkan entri ni.. wohoho~ kalau lah dpt siapkan kan… harap che Aimy tidur lama sikit je lg… huh~ mood die sgt kacau skrg.. seriously the whole day she can stucked me with her, crying, milk, disturbed sleep, uncomfortable, crying again, die nk duk atas pangku ibu je.. tu pon xlena apetah lg kalau letak… nanes je.. mcm die y habes pantang plak.. haha~ die pantang habes susu adelah… aiyooo~

Sbnrnye lom habes pantang lg ibunye ni.. esok baru ckup 44 hari.. haha~ tp dsbbkan esok pg2 dah kne gerak balik umah abang, nk ugak wt entri arini.. well, i know supposedly esok pon lom ley kuar rumah tp i’ve no choice rite.. xkan abg nk kne amek cuti plak isnin sbb nk gk tggu habes pantang sehari.. hopefully nothing gonna be happen tomorrow.. bile dah lame xsolat, tibe2 solat lepas bersalin rse pelik, tangan biasa ke depan, ni ke dalam dah… haha… rse cm kecik plak time solat tu.. selalu cm hippo je rse… nk bgun bontot cm dung dung berat bkn main.. mhahaha~ ape2 pon hippo tu la dpt pahala solat 80x ganda tau!!

image

Bile fikir, ni la budak y ikut ibu solat dulu.. dah kuar dah 🙂

Nk cite psl si my kuchi kuchi petpet hey ni.. haha~ xpakai pampers, titew pakai petpet ;p so che Aimy dah 6minggu lahir ke dunia arini, Alhamdulillah.. so far perkembangan die, die dah pandai sikit2 respon bile org panggil, dah mula melihat dengan tepat, dah mula nk senyum/ketawa tp xjelas lg.. dah pandai sikit nk respon kalau die berjaga.. tp xlama, main kejap pastu nanes balik.. haha~ but very interesting, her expression really melt my heart.. omeeeeel nnggaaattt!! Geli hati pon ade… haha~ rse nk gegetgeget je.. ;p mmg selalu pon die kne geget dgn ibu die… bhahaha~

image

Hi! Saya Aimy Hana Zahra, saya orang melayu kacuk jawa kacuk cina sket kacuk indon. Tapi yang pentim saya Hamba Allah dan orang Islam ^^ undilah saya! haha~

image

Fav pic ibu! Cm anak buang yang kelaparan.. haha!!

image

Saya dah 6 bulan ^_^ haha nampak bnor tipunye..
*lots of her pictures, follow my instagram @daeya233 ^^

sleep pattern pon dah xmcm awal2 dlu siang tido xsedar diri, malam jaga menangis.. tp skrg die tidur malam cume tidur die mcm terganggu.. at first xtau knape.. tp tiap kali die tjaga tidur die cm nk muntahkan susu… die xselesa tekak… masa dia 4minggu, tbe2 die muntahkan semua susu y dia minum, aku risau la!!! Terus lembek badan die… 2-3 kali jd cmtu.. mula2 bwk g klinik biasa tp xelok jgk, bwk pg pakar kanak2.. die normal cuma tkut tlebih susu atau angin dalam perut… lepas seminggu xde muntah tp smpai skrg masih xselesa tidur.. bile letak je dr pangku, die muncungkan mulut pastu mengeliat xselesa dan nagis.. smpai lebih 10x duk pupuk die, bg susu, pupuk lg, tido, letak je nagis.. huhu~ ingat bile dah nk habes hari die makin elok tp cm x jugak… cian aimy…

Bile dah perhatikan lama2, ibu die dpt detect masalah aimy… aimy mcm xpuas menghisap… sbb aimy kan #babybotol.. jadi xkan nk ngempeng kt botol je kan… mmg pelik bile die dah isap 3oz susu tibe2 die nagis lg smbil nyonyot mitten die… org ckp die lapar tp aku pelik… aku pon cube la suh die menetek tp die sgt bijak.. walau tu puting tipu tp die xtertipu.. haha~ skrg gah nk ajar die isap jari.. kalau boleh xnk guna pacifier tp kalau terpaksa kne guna jugak… bahaya kalau seorang budak xpuas menghisap masa bayi dia… ikut psikologi nanti dewasa dia akan bermasalah dari segi sikap.. sbnrnye aku kolot jugak konon2 xnk die isap puting kosong sbb xnk gigi die xcantik la.. tp xtau y dunia bayi adalah menghisap… tgk gaya aimy die nk menghisap bile nk tidur je… kalau die boleh pandai isap jari pon dah ok… tp sbnrnye jari lg susah dr pacifier.. sbb pacifier boleh kawal kegunaannya tp jari sudah skit sbb die sntiasa ada je xley sorok.. haha~

image

Atok ma ajar isap jari.. hehe~

Mmg skrg die masih lg meragam.. kne byk sabar jaga anak ni… kdg2 smpai xtau nk buat cmne lg… tp suke bile anak kite y meragam tibe2 boleh tenang bile kite sbg ibu y peluk ^^

Ok gotta go.. she needs my attention! Bye 😉

breastfeed story..

Published April 8, 2013 by DaeyA HayaShi

bismillahirahmanirahim~

the most wonderful moment i love to watch between a mom and her baby is, while breastfeed.. such a warm, love, sweet, cute moment ever.. masyallah..

unfortunately, aku x sebertuah mereka yang dapat meraka kehangatan anak menyusu dari badan mereka hingga tertidur bersama smbil berpelukan.. yes, Aimy is not a breastfeed baby… I called her #babybotol.. not to insult her but I already accept the fact and doesn’t want to keep on blaming anyone especially Aimy.. she just a baby… the blame shud be putting on me, totally ME! T_____T

bersyukurlah anda jika dapat merasai detik indah ini… lebih lg kalau dapat sepenuhnya menyusukan bayi kita, tanpa campur apa2 benda asing selain susu ibu ke dalam usus mereka… tp jgn sesekali pertikaikan kenapa ada ibu y tidak menyusukan anak mereka, kenapa beri botol, kenapa bg susu fm.. pasti ibu2 itu sendiri kecewa dgn keadaan tersebut..

dari awal mengandung aku dah berimpian besar utk fully bf anak aku nanti.. aku baca byk web, aku beli brg2 utk ibu bekerja y fully bf, aku sediakan environment mental dan fizikal utk fully bf, aku doa setiap waktu berikan aku peluang utk menyusukan anakku secara esklusif, x sediakan botol, air panas, susu tin ke hospital atau dirumah.. namun ujian besar Allah berikan, kenapa aku xpasti tapi aku tahu mesti ada hikmah yang menanti…

3ari kt hospital, siang Aimy rela tidur dr menyusu, bila malam lapar, dia nagis bila aku bg susu badan, lepas penat dia tidur, bgun nagis lg terus nurse ambil.. hari ke-3 balik rumah dia nagis kuat mendayu2 sbb lapar, aku bg die tolak.. aku terus bg dan dia terus nagis.. aku nk kuatkan diri, nk ikhtiar cara lain, nk terus berurut, dgn hrpan susu terus keluar, tp bukan aku y lapar.. dgn sayu aku minta abg beli susu fm paling kecil.. dan bermulalah episod Aimy jadi #babybotol..

mengajar aimy breastfeed amat mencabar… aku pernah sedut guna picagari masa susu xde, atleast nk bg dia sikit pon jd la.. time tu die tidur siang.. aku kejut, dan cuba bg dia minum sikit, die tersedak smpai biru muka T___T setiap kali sesi latihan, die jilat sikit, nagis tolak badan smpai cm nk tercampak, punya kuat T___T aku beli nipple shield, mula2 dia nk, tp xlama, bile die xnk dia akan tolak lg kuat dr biasa, smpai lepas latihan tu dia muntahkan semua isi perut dia… T_____T  lgpon guna nipple shield tu buat aku rse lg nk nagis coz i want the touch or her lips to my nipple.. not to the shield T____T

yes, she just a baby.. aku yang Allah nk uji… sebulan aku sedih, down, i feel useless, hopeless… even skrg masih lg kecewa… tp aku yakin Allah beri ujian ni sbb dia tahu aku boleh hadapi… alhamdulillah, Aimy loves my milk, she still drinks my milk even from bottle… she still get the nutrition of mom’s milk, Alhamdulillah.. I’ve to work extra double hard, pump, pump, pump, make sure the temperature is good, lepas tu bile guna botol, pum, kne sgt rajin membasuh, strelize.. but the production of milk with pump method is so much lesser than the production with baby direct feeding from the breast.. aku hanya mampu sediakan 70-80% of her demand per day, the rest masih terpaksa back up dgn fm…

bila Allah uji aku dgn Aimy xnak menyusu badan, aku terasa kne lebih bertanggungjawab utk jaga dia… i need to give her extra of my protection and care… dari segi mental, health, and physical.. sbb sgt byk benda y aku takutkan bile aimy xmenyusu badan… aku risau ttg IQ dia, peragai dia, sikap dia, kekuatan dia… tp bila dgr cerita org sekeliling y penah alami anak xmenyusu bdn mlh xbg lgsung susu ibu bkn sbb xnk bg tp ada mslhnya, ada mkcik tu anak2 dia pandai2, ada mkcik aku anak2 dia sgt rapat dgn ibu walau lelaki, duduk dapur, tolong mak die bile rmai tetamu dtg, ada kwn aku, ank die cpt merangkak, cergas, mesra xtakut org.. jd bile dgr cite2 tu, aku rse lega sikit.. jadi masih ada ruang dan peluang tok aku kerja keras mendidik aimy jadi anak y baik, solehah, cergas dan bijak.. In Sya Allah, ibu akan buat y terbaik utk Aimy ye =)

xdinafikan menyusu ibu amat baik untuk bayi dari semua segi, namun kemana kebaikan itu digunakan adalah terletak juga pada usaha, doa dan tawakal ibu dan ayah itu juga.. ramai juga ya kecilnya disusukan penuh oleh ibu namun dewasanya tidak mengaku ibu.. malah dtg rumah ibu, salam pon tidak, tegur apetah lagi… kisah ni lebih sedih kalau aku jadi ibu itu… minta dijauhkan y buruk, dibukakan jalan y mudah utk kita mendidik anak-anak dengan mithali… ameen~

Dont underestimate!

Published April 4, 2013 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim~

Sementara tunggu anak dara aku bgun, aku plak da siap mandi, siapkan segala bagai, saje nk try smpt x nk buat entri sket.. hek3~

image

Hah! anak dara aku tidur meneran isi mcm menari style micheal jackson x.. haha~ cmne nk bedung cmni -_-

Ok tpkse stop jp sb die da buat mulut duck suara ngada2 nk cucu.. he~

Okeyh setel.. aku nk sedawakan, die namuk plak rupenye nk tido -_- lambat plak mandi… haih anak dara sorg ni… xpela selalu bgun awal dah mandi, namuk je.. tido la tido ye.. hehe..

As ramai y tau aku deliver imergency czer… sakit normal tp keluar lalu perut -_-” different dgn planned czer… xrse sakit terus siap2 masuk dewan bedah, keluar2 dah ade baby.. nmpk senang kn.. menjadikan org y bsalin normal ni kdg2 suka underestimate wanita2 y bersalin czer.. dan y belum bsalin mesti ckp die xkn bsalin czer sbb nti pantang lama.. susah nk jaga..

Ye.. jujur aku terasa sgt rendah diri sbgai perempuan xmampu nk bersalin normal.. lg2 bile case jalan xda… rse bertapa rendah martabat bile one of special moment, pelengkap diri sbgai wanita xdpt dirasai… pd org “alah stkt czer bknnye sakit, kite bsalin normal baru tau cmne nk jd mak.. dah la nti susah nk jaga.. kite seminggu dah elok jahit.. czer jahit berlapis2 kt perut.. eiii ngeri je..pulak tu xley beranak lg 3tahun… jauh sgt jarang anak nti..” dan ade gelaran “keluar lalu tingkap” mcm cara baby keluar y sgt shame -_- smpai cmtu skali..

Mmg xpenah dgr dialog ni scara direct terus tp bile dikumpul semua ayat org bile ckp psl czer.. inilah dia… mcm rendah sgt pulak martabat wanita y bersalin czer… yela, mak2 kite boleh je normal, 8org semua normal… xkan la satu pon xtahan sakit kot… -_-” y paling over , “nape xbuat jalan siap2?” oi! ingat ape? jalan tu cm jalan raya ke? Tau la aku xduk dgn suami T_T

Sape pon xnk bsalin scara czer.. tp tolonglah jgn buat ayat underestimate cmtu.. cmne pon caranya, masing2 ade kelebihan dan kekurangan.. dan dua2 cara pon adelah pengorbanan si ibu untuk lahirkan anak! sbelum bersalin lg aku dah dgr ayat2 ni.. aku sndiri pon rse “eeeii xnk la bsalin czer… nk normal..” and confidently aku set dlm fikiran aku akan bsalin normal sbb xde heavy case time ngandung.. xsongsang, uri kt atas, xde bleeding, tekanan darah cantik, xlambat due, Hb normal, xde kencing manis, bukan diabetis, baby x giant, totally sihat. Tp bile ditakdirkan bersalin czer.. aku rse siapa pon xlayak nk perlekehkan cara czer sbb xmustahil siapa pon mungkin akan melaluinya. Mgkin drancang atau imergency..

Ade jgk y cite kt aku btapa senangnye die bsalin semua anak… gah tidur2 rse nk berak terus keluar… ape niat sbnrnye cite cmtu? Kalaupun mgkin Allah mudahkan dia bersalin x”sakit lgsung”.. rse xperlu cite kot sbb semua org tau hakikat bsalin itu sakit kuat kedua selepas mati… cm saje nk ckp “susahnye die bsalin… aku senang je.. mesti Allah sygkan aku lebih sbb aku baik dr die..” seyusly semakin Allah suka menguji seseorang hamba itu semakin besar ganjaran y akan diberi kepadanya dan setiap kesusahan pasti Allah berikan kemudahan.

Mgkin susah nk bersalin tp senang nk jaga anak..atau sebaliknya…

Alhamdulillah lepas melalui prosea y rmai takutkan tu, aku rse makin kuat.. syukur, aku rse xsesusah y mereka gambarkan.. berpantang spt biasa, kte org czer perut xboleh kempis sbb xbengkung, czer skrg dah boleh bengkung, dan smlm dpt kekuatan nk tgk tmpt jahit, sblum ni ngeri. Rse mcm ade kuping2, bile tnye misi die kte xde ape dah kering.. just lap dgn tisu bsh… aku try lap rupenye dah kering.. Alhamdulillah.. Allah plak mudahkan aku tang sakit, lepas je czer xterasa sakit sgt dan seminggu dlm pntg dah kuat nk ke sane sini… skrg da start pkai bengkung dr bwh punggung, ketatkan bahagian czer.. sbelum ni ngeri walau xsakit.. huu~ mkn pulak rezeki dpt free byk ikan haruan dr kwn2 mama… ari2 mkn, minum air gamat, y lain pantang cm biasa, Alhamdulillah ^^

czer atau normal, hakikatnya dua2 cara mulia di sisi Allah.. untuk melahirkan seorang khalifah ke dunia ni.. untuk menyambung umat Rasullah s.a.w.. dua2 cara adalah jihad, dua2 cara dapat pahala syahid.. dua2 cara pon susah jgk nk jaga time pantang… huu

In Sya Allah, lg 10 hari habes pantang 😉 skrg pon dah boleh jaga sendiri sikit2… pasni balik duk dgn abg In Sya Allah… kne blaja berdikari… walau susah tp kne kuatkan hati.. yakin boleh! Hehe..