dugaan.

Published February 20, 2015 by DaeyA HayaShi

Bismillahirahmanirahim

tepu jap nak start ayat blogging cmne.
hurm.. k, straight to the point je lah.
saya baru sedar yang saya sedang melalui 2 cabaran besar dlm hidup. actually bukan baru sedar, dah lama sedar tp cm buat tak sedar. erk.. ke separa sedar? boleh lah. haha~

dalam kehidupan ni, orang lagi nak duduk dekat dengan suami tp saya plak lagi ‘nak’ berjauhan dengan suami (in our case mmg nak la sbb bkn terpaksa ke tp mmg suami apply dan si isteri bagi dengan rela hati) dan lagi orang xsanggup jaga anak sorang2, nak jaga sama2 dgn suami, tp saya cam tak kisah je jaga anak sendiri (in my case walau duduk dgn parents tp still saya la yang jaga anak kan)

yes, ramai yang concern, tq sgt. ada y risau, bg diorg kesian ayah jauh dgn anak, kesian anak xdpt kasih syg ayah, kesian sy kena jaga anak sorg2, nak2 plak ada sorg lagi dalam rahim ni, lg lah cm xlarat je, dgn nak urus hal rumah, kereta, kerja dan mcm2 lg.

tp kemungkinan yang jauh sikit dgn saya nampak sy ok je.. tak nampak cm ada problem besar pon. nampak happy je, gambar2 sume cm riang ria je. cam tak kisah je suami jauh. cam tak kisah je anak xjumpa ayah. cam tak penat je asyik g sane sini. haha~

jujurnya, semua ni adalah keputusan saya. saya yang bg keizinan suami untuk pergi cari rezeki jauh nun di Abu Dhabi sana. saya yang kata boleh jaga anak sendirian tanpa dia. saya yang yakin boleh uruskan pembelian rumah, hal kereta dan kerja. saya yang sanggup nak jaga kandungan dengan jaga kakaknya. ya saya yang decide.

tp saya tak buat keputusan sendiri.
saya decide sbb percaya Allah ada dengan saya sentiasa.

saya tak alim atau tak baik sangat. saya cuma fikir setiap apa yang saya lakukan hanya bila Allah kata ia boleh dilakukan. setiap keputusan dengan jawapan dr istikharah dan doa.

sebab saya tau kemungkinan dan dugaan yang akan terjadi dr apa yang saya decide ni, terlalu byk dan terlalu berat sbnrnya. berjauhan dgn suami, dugaan yang selalu terlintas di benak fikiran adalah kecurangan, lost communication, perselisihan faham, pergaduhan. (nauzubillah~) dugaan anak berjauhan dgn ayah, anak tak kenal ayahnya, anak tak hormat ayah, anak akan benci ayah. dan dugaan jaga anak sendirian, susah kawal anak, anak akan kurang kasih sayang, anak tak terbela, anak akan kurang didikan moral dan educational. huhu byk sgt kemungkinan yang negatif akan terjadi dengan keputusan saya T_T

tipulah saya tak takut. tipulah kalau kata saya tak risau. bohonglah kalau cakap saya tak kisah. sedih? lagilah penipu besar.

tp sehingga hari ni Alhamdulillah saya masih tenang melalui dugaan ini walau ada yang kesian pada saya.
kerana saya sentiasa bergantung padaNya. saya yakin ketenangan melalui semua ni dtg dr hasil istikharah padaNya. saya percaya semua kemungkinan yang negatif dpt dijauhkan dengan Tahajjud kepadaNya. setiap kali ada masalah, ada kesusahan, solat sunat dan AlQuran sangat membantu. saya dah rasa byk sgt kebaikannya. Walau lambat, sgt lambat, tp terus percaya Allah akan tunjukkan jalannya.

dugaan tu ada. tapi setakat ni saya nampak banyaknya nikmat dari dugaan. tak terkata nikmat Allah, siapalah saya utk tidak bersyukur padaNya. nikmat suami yang baik, anak yang bijak, ibu bapa dan mertua yang mulia, atok nenek semua yang menyanyangi, keluarga yang sentiasa ada. Allah temukan dengan orang2 yang baik utk mudahkan pembelian rumah, jumpakan dengan kwn2 yang sudi membantu bila susah, dan kemurahan rezeki yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Alhamdulillah, kasih syg dengan suami semakin kuat dan semakin bahagia :’), Aimy tak pernah lupa ayah malah dia still syg ayah lebih dr syg ibu ye, hahaha~ dan stkt ni Alhamdulillah saya dapat jaga aimy dengan baik dan Allah beri rezeki untuk dia ada minda dan manner yang baik bagi budak berumur 2 tahun.

untuk hari2 seterusnya saya masih tidak tahu apa yang akan saya lalui dan bagaimana saya akan lalui. tapi saya akan terus percaya apa jua berlaku, Allah sentiasa bersama dengan saya :’)

gudnite.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: