1st post after married :)

Published February 17, 2012 by DaeyA HayaShi

bismillah~

wehuuuuuuu ;D saya selamat bergelar isteri kepada Mohd Azizan bin Yaacob selama 2 minggu dah pun ^___^ hieee~ only 1 word can describe everything, Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~

sementara tunggu abg smpai sat lg, lepas kemas2, hias cumey2 bilik, packing brg, update sikit la blog y ditinggalkan nih… huhu~ gitu r dayah, time single sebok je berkepit dgn en.belog, skrg, jenguk pon xmo -______-” huish~ dulu kan yang lebih pentim ;p

Post ni just nk say setinggi tinggi TQ, Terima Kasih & Syukran kepada pertama sekali Allah s.w.t, kerana menunaikan hajat, mendengar permintaan dan memberi pertolongan serta rahmat kepada hidup saya, abang dan keluarga semua… tanpaNya, majlis yang dirancang tidak akan jadi sebaik malah lebih baik dr yang disangka… subhanallah~ xhabis lg rase syukur kt Allah, terlalu besar rahmat yang diberiNya untuk majlis ni… sampai sekarang xhabis lagi disebut yang baik, terlalu sedikit yang buruk, rase cm xlayak je di-rai cmtu skali :’) betullah kalau kite letakkan segalanya ditangan Allah, sebelum majlis doa solat hajat, setiap malam, minta segalanya dipermudahkan, ramai tetamu yang hadir, majlisnya meriah, jauh dari fitnah dan perkara membawa murkaNya, makanan cukup dan sedap, pengantin nampak berseri, cuaca yang baik dan tenang, jauh dari segala kesulitan dan kemudaratan.. ameen Ya Rabb.. Alhamdulillah… Allah berikan semuanya, subhanallah~

kepada Abah & Mama, terlalu byk pengorbanan mereka dalam menjayakan majlis kami… dari majlis merisik, bertunang, menikah, walimatulurus dan menyambut menantu.. kepenatan mereka dibalas Allah dengan limpah rezeki yang murah.. subhanallah~ kuncinya, Ikhlas. sepanjang perancangan mama & abah fikir nk bagi je… yela, 1st time… mesti takut2 je ape2 y buruk jadi.. mereka bukan org kaya, bila kami decide nk menikah, duit tu mmg sentiasa menghala ke majlis kami… aku tau mereka bukan org senang… tapi rezeki tu ade je… mula2 abah ckp xnk jemput ramai sbb belum mampu nk jamu banyak… aku setuju sbb pd aku perkahwinan jgn dibebankan.. buat semampu yang mungkin, xnk membazir… tp sikit2 rezeki datang..sampaikan majlis tu nampak sgt mewah dengan katering dr Batu Pahat, makanan yang banyak dan sedap, setiap org disediakan makanan tanpa henti.. walhal setiap tu memerlukan belanja yang besar… tapi percayalah, perkahwinan itu 1 Ibadah yang sangat mulia, Allah akan beri rezeki yang melimpah, cuma pada hati kita je Allah nk uji riak atau ikhlas…

bagi aku, hati xkan habis rasa syukur… xsangka majlis perkahwinan aku jadi semeriah ni… subhanallah… Allah yang Maha Bijaksana… terima kasih pada semua yang memberi sumbangan, sudi hadir meraikan cinta kami ^^v doakan sejahteraan atas korang semua :D

sebenarnya doa dari korang lah yang paling besar nilai bagi aku…. ramai yang mendoakan kami akan bersatu sebagai suami isteri… terima kasih sgt2 :’) Insyallah, doa korang xkan kitorg sia2kan… kitorg akan pastikan bahagia hingga akhir hayat ^^,

kehadiran Abang sangat memberi rasa indah dalam hidup aku :) seronok sgt bila setiap kasih dan sayang yang kami curahkan menjadi pahala dan saham akhirat.. doakan kitorg cepat dapat baby soleh solehah yang cumel2 k! hehehehe~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.